BRUNCH TALK WLB SERIES – TELANG 18 HULU LANGAT 2019

Persatuan Semarak Cinta Kasih (Spread Love) bersama dengan Serigreen Landscape Sdn Bhd telah bersama-sama menjayakan acara “Brunch Talk WLB Series”yang diadakan di Telang 18, Hulu Langat.
Acara ini yang dibawakan oleh ADLA Group Sdn Bhd telah menampilkan tokoh-tokoh wanita yang Berjaya di dalam bidang masing-masing.
Acara yang berlangsung juga meraikan kejayaan usahawan wanita dari Malaysia yang dinobatkan di AWEN yang berlangsung di Bangkok, Thailand pada bulan Jun 2018. Kejayaan mereka memberi erti yang wanita sentiasa mampu menjadi tunggak kejayaan mereka sendiri walaupun dalam dunia yang didominasi lelaki.
Acara ini yang dipersembahkan secara santai selain mensajikan kelainan dalam program bual bicara.
Di dalam acara yang sama, acara bedah buku dan juga sembang berkenaan dengan agrikultur turut diadakan daripada pihak Serigreen Landscape Sdn Bhd untuk tujuan memperkenalkan keindahan landskap dan taman dalam rumah.

Acara ini diakhiri dengan promosi untuk International Work Life Balance Forum 2019 yang bakal diadakan pada 28 November 2019.

0 replies

Leave a Reply

Want to join the discussion?
Feel free to contribute!

Leave a Reply

Your email address will not be published.